AKU, KKNC & BAS USIM.

Dulu 31082014, mak dan family aku terus hantar aku ke KKNC untuk proses masuk ke hostel sebelum aku masuk sambung pelajaran di USIM esoknya. Mula daftar masuk, aku dapat bilik E2-7, masuk² bilik tu terjumpa Ezany Ezan yang tengah susun barang. Sembang la sikit sikit, agak cuak sebenarnya..sebab tak kenai kan~ Dulu tukaq sekolah pun still dalam negeri, ni jumpanorang luaq negeri.. Huu.

Lepas family balik, aku tegur si Muhammad Izzuddin, ajak dia p ambik makanan free yang tersedia kat cafe. Sambil jalan, sambil cerita. Lepas ambik makanan, ada la jumpa budak Kedah jugak tengah kemas barang, Mohammad Arif Ramli, aku tegur dia mula tu, pakat cover cakap x bunyi loghat masing², last tanya part sekolah.

“Dulu sekolah mana?”
“Maktab Mahmud Pendang.”
“Haa? Amik STAM kat situ ka? Awat xnampak pun? Aku amik STAM kat situ jugak taon lepas..”

Rupanya si Arip tu senior setahun. 😅. Ok, ada geng. So, xpayah takut nak cakap kolumpo bagai, sebab ada geng Kedah, xyah cover cakap. Malam tu pakat kumpui kat bilik aku, lepas pakat tanya² baru aku tau yg si Muhammad Hadi Azraf sama kos dgn aku. Hahhha. Seronok tu xsangka. Ada jugak sama kos. Nanti kita p kelas sekali. Fikri Qadiriah Naqsyabandiah pulak pendiam orangnya masa mula tu. Beza dengan si Zul yg happy go lucky.

Maka, beberapa minggu, beberapa bulan p la kami ke kampus dengan naik bas USIM. Kat KKNC dok sekali dengan adik² tamhidi, so kalau lambat pun xkisah lagi sebab bas banyak. Cumanya kena berebut seat ngn depa tu la. Perjalanan tu pulak, dulu flyover tu xsiap lagi.. Jadi kena ikot jalan jauh, iaitu lalu kat depan kilang² semua yang traffic light dia lama gila.

Sebut ja traffic light, nak dijadikan cerita aku dan bas usim ni, satu hari aku balik kelas pukui 7, bas ada.. Aku terus naik, 7:15 cmtu, bas nak jalan. Aku naik kena aircond, pastu terlelap. Ok fine. Sebab jauh, penat kelas, aku lena la… Aku terjaga bila sampai kat kilang, sbb bas berhenti lama dan aircond bas mati. Aku terjaga. Tapi jauh lagi time tu, aku sambung tidur balik. Hahha. Lepas aku terjaga, rasa panas lagi. Tengok² luar tingkap nampak padang. Aku cari mana dia kedai makcik ton yang kat sebelah jalan tu, selalu ada. Sebab kat depan KKNC time tu depa tolak tanah sbb nak buat tasik. Heran. Aku p tengok tingkap sebelah. Tudiaaa, lampu jauh benaq. Kat mana aku ni. Aku jalan ke depan, turun bas… Rupanya aku dah sampai USIM balik dah😅😅😅😅. Bas berenti kat tepi pavi😆. Lampu yang aku nampak tu lampu DTC. 😆😆.

Aku xtau nak tergelak ka teqeyak (menanges) time tu. Hahhah. Lepastu aku turun bas, p dok tepi².. Lepas lama cover malu, aku gagah p tanya driver sendiri, driver kata bas jalan pukui 10 pulak. Tengok sekeliling macam suram ja, nak tunggu pukui 10 pun, aku mula la jalan kaki p FPQS balik. Kat situ cerah la jugak, ada jugak tempat nak cas fon. So, aku jalan kaki tunggu kat FPQS, Bas sampai pukui 10, aku naik buat xtau, dan lepas tu aku dah x tidoq dah sampai ke KKNC🤗.

Tapi tu la, sepanjang di KKNC, memang aku naik bas ja. kalau malam tu ada perjumpaan palapes pun terpaksa depa tunggu sampai geng bas usim balik. Dulu geng bas ni ramai jugak. cuma xkenai habis ja. Antara skod aku yang setia dengan bas Muhammad Amir Ashraf. Amir ni pun tak kenai sangat masa tahun 1, sebab rumah lain², kos lain², jumpa time latihan ja. Tapi tu la. Geng bas ni sampai orang kenai la. Nanti aku cerita tahap tahap populariti budak geng bas.

Ok, ada lagi masa kat KKNC, aku dulu pakai fon yg cuma buleh connect dgn wifi, so susah nak contact. Sabtu Ahad, aku akan kayuh basikal yang dibeli kat semarak yg diteman oleh Ezany, aku p lepak kat SyedLina dari pagi sampai malam buta baru aku balik. Sadis kan? So, buat assignment apa yang patut kat situ, balik goreng apa yang patut pulak.

Dah la cerita sikit² buat flashback sempena #konvo16usim 291118 baru² ni . Tahniah kawan² semua.

#alumni #usim #gengbasusim #kknc #wellalibmutalibkan #biarhatidantintaberbicara #alibdahkonvo

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s