HELLO !! SORRY, AKU BUKAN NAK CARI PUBLISITI MURAHAN OKAY!!

Tadi aku p kerja, masuk ja pintu office, terus ada sorang kakak senior tanya, Alib buat ‘Hibah’ ke?

Dah orang tanya, aku pun angguk dan senyum. Balas sepatah dua. Haah. Buat.

Ok, nanti share dengan akak.

Tiba tiba tadi masa break, aku cerita pasal satu family yang hadapi masalah yang langsung tak pernah terduga pun. Memang aku dan rakan² lain perunding takaful, tapi kami bukannya superhero macam cerita dalam tv yang boleh selamatkan dunia dengan sekali pejam, atau sekali hentak bagai. Kami pun manusia biasa jugak.

Ceritanya, dulu ada sorang dari member aku pernah cerita kebaikan takaful ni kat abang dia sendiri. Dia offer kat abang dia untuk join komuniti takaful tiap² bulan at least infaq RM80. Tak banyak pun janji ada orang yang nak bantu kita time kita sempit. Sapa yang nak bantu tadi? Komuniti takaful ni haa yang akan bantu.

Ok, lepas settle cerita kat abang dia, abang cuma kata,

‘haa ok, nanti aku nak, aku habaq kat ang…’

maka dia pun.

‘Ok takpa.’

Dia bukan nak paksa suruh sign takaful, nak promot diri marketing pompam bagai.. Tak. Cuma nak bagitau saja untuk sediakan payung sebelum hujan, sebab malang tu tak berbau. Bukan apa, kita takut sudah terhantuk baru nak tenggadah. Kan?

Pada suatu hari, tup² dengar cerita, bini abang dia tau dalam bahasa mudahnya kak ipar dia terpaksa potong kaki sebab diabetes. Allahu. Abang kerja sorang. Anak kecik lagi. Macam mana ang tanggung semua ni. Aku dengar tu dah tepuk dahi. Dia Operate kat hospital kerajaan. Memang katanya hospital kerajaan free…ada subsidi. Tapi kalau dah lama² terbaring kat ICU, ada ka dorang nak bagi free? Sorry to say la dik. Nak keluar kena caj.

Time tu semua dah pakat riuh dalam group family katanya. Dia nak pakai duit jugak, nak beli pampers susu anak dia. Allahu. Hebatnya dugaan abang. Bertabah la. Beritanya lagi adik beradik kak ipar semua tak sanggup nak jaga. Katanya payah nak dressing. Eh? Boleh pulak main aci tak aci, payah takpayah macam tu?

Abang dia maklum yang dia nak bawak balik bini dia ke Johor. Tapi dari Kelantan ke Johor, caj ambulans saja pun dah RM1000 dan mungkin lebih.

Sorang kakak dia kata, ‘…yang mana rasa nak sedekahbkat abang tu, buleh la hulur² sikit. Kesian abang…

Dia balas, ‘…kita pun makan suap tak masuk mulut, macam mana nak bagi? ‘

Tiba tiba dingin satu badan. Kakak dia jawab, ‘…ok, aku ja yang senang, ampa semua susah…’

Terdiam dan terpaku semuanya. Notifikasi dari group itu tidak lagi terpapar di skrin telefon masing masing.

Eh, kau perunding takaful kan? Tak boleh bantu adik berdaik kau ke?

• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •

Aku cerita ni bukan apa. Cuma nak share pengajaran daripada cerita ni. Bila kita sakit macam tu, dah takdak orang nak jaga. contoh cerita tadi, adik beradik pun sanggup buang jauh. Sebab rak berani dan tak reti dressing ja pun. Yang kedua. Kita sekarang mungkin semua anak oarang kaya. So, payah dah nak jumpa adik beradik yang hidup kat kampung, susah gila nak p kedai beli kangkung ja pun. Makan pagi saja, malam dah tak makan tu.. Kan? Tapi kalau adik berdaik susah macam tu, sapa lagi nak bantu dari segi kewangan dan perubatan semua? Mintak sana takdak, mintak sini takdak.

Aku bukan saja rulis cerita sebab nam raih publisiti murahan, cuma nak bagi gambaran yang lebih jelas ja. Kisah abang tadi, buat masa sekarang ni masih jadi tanda tanya. Aku tak pasti dia ikhtiar macam mana nak support semua tu.

Aku open cerita ni, ada yang tanya…’Eh kau bukan perunding takaful ke? Kenapa tak tolong? Tu kerja kau kan?’

Ya, memang aku perunding takaful, dan memang tu kerja aku. Tapi macam aku kata tadi. Aku bukan superhero yang boleh selamatkan emua orang. Aku cuma boleh bantu orang yang bantu diri sendiri ja yang carum dan infaq dengan takaful untuk bantu diri dia sendiri terutamanya. Sebabtu aku share 3 peribahasa tu.

a) sediakan payung sebelum hujan.
b) malang tak berbau.
c) sudah terhantuk baru nak tenggadah.

Sebab aku cuma bantu uruskan ja. Bukan semua duit pampasan claim tu duit aku. Dah abang tadi tak nak bantu diri dia. Macam mana aku nak bantu dia?

Pikirkanlaa eyh.

Sory, aku bukan cari publisiti murahan.

#malangtakberbau. #sediakanpayungsebelumhujan. #sudahterhantukbarunaktenggadah. #hibah #takaful #ikhlas #redha #ujian #dugaan #hidup #keluarga #bukan #publisiti #murahan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s