Budak-budak bangun awal pagi sebab nak pergi lepak. Orang dewasa bangun lambat sebab malas nak pergi kerja.

Perspektif Budak-Budak dengan Orang Dewasa Berbeza

Budak-budak bangun awal. Bukan sebab nak siapkan homework atau bersiap pergi kelas tambahan atau aktiviti kokurikulum pun. Habis nak pergi mana? Pernah ditanya beberapa orang anak muda yang berumur sekitar 14-17 tahun.

Korang nak pergi mana ni weh? Bapak awal gila bangun. Aku time ni mengantuk lagi doe…😅

Jawapannya…

Pergi lepak la. Buat apa kat rumah. Bosan. Apa pun tak ada. Baik lepak, tengok wayang ke… Karok ke… At least masa takde la terbuang begitu je.

Amboi dik. Kau kecik lagi. Kau tak faham lagi realiti dunia sekarang sangat penat. Dan kalau kau tahu, betapa susahnya nak cari kerja dan survive sekarang, kau masih ada masa lagi nak cari balik identiti kau yang matang.

Itu dari perspektif budak budak. Tak apalah, kita tak boleh salahkan mereka. Mereka tak rasa lagi situasi tu. Biasalah budak budak hakikatnya fikir pasal main dan seronok je. Yang penat bagi mereka adalah pergi sekolah dan belajar.

Kalau kita lihat corak hidup orang dewasa pula, automatik berubah 360 darjah. Percaya atau tidak. Mereka nak kan hidup yang mewah, gaji besar. Tapi mereka sendiri tidak berusaha kearah itu. Mana tidaknya, mentaliti masih tak ubah macam budak budak. Asyik nak seronok sampai lupa tanggungjawab.

Bang, kakak…

Kita besar. Ini masanya kita pula bekerja, sara hidup ibu ayah, adik beradik, dan anak isteri. Bayangkanlah kalau kita sendiri masih bersikap ‘seronok menyorok dalam selimut’ lagi, rasa-rasa apa jadi pada masa depan?

Realiti hidup orang bekerja. Habis saja hari hujung minggu; Sabtu atau Ahad, maka bermulalah episod episod ‘Sunday atau Monday Blues’.

Alaaa…malasnya nak masuk kerja esok. Pukul 8 pulak tu. Haish. Tak boleh ke nak mintak cuti lagi sehari?

Nak tambah lagi sehari? Esok pun kau akan cakap benda yang sama kan? Lepastu mula la nak throwback nak mengenang nasib seronok jadi kanak-kanak macam dulu. Sedarlah zaman dah berubah. Dunia dah maju.

Mahu tak mahu, demi mencapai negara maju, orang dewasa wajar mengubah mentaliti untuk sentiasa aktif dan bersemangat. Jadikan seperti sifat budak-budak yang kita anggap langsung tak ada apa-apa. Padahal, daripada sikap mereka kita boleh belajar sesuatu. Adik-adik yang masih bersekolah pula, bukan tak bolehblepak. Cuba ajak kawan-kawan pergi lepak dekat pusat tuisyen yang mengimplementasikan sesi pembelajaran yang menyeronokkan tu. Jadi disitu boleh belajar sambil bermain. Kan?

Ok, nanti kita share apa pulak sikap budak-budak yang boleh dipelajari oleh orang dewasa.

P/s : pesanan ini juga untuk diri aku yang mudah alpa. Sama-sama kita ubah ye. InsyaAllah. Ok bye. Jumpa lagi🤗

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s