Aku Bukan Banduan

Arrghhh!! Stress la macam ni…😡

Rasa macam nak ja aku pi apply masuk Hospital Columbia Asia tu. 😠

Nasib takdak medical card ja. Kalau tak, dah free. Haishhh😤

Stress. Sangat stress bilamana sentiasa kena push. Bagi kerja last minute, dan nak cepat cepat. Aku tak tahu nak cerita pada siapa. Sebab tak ada sorang pun yang akan faham aku. Serius. Pendam lagi baik kot. Diam🤐.

Tiba tiba telefon bimbit milikku bergetar. Tanda notifikasi masuk. Kebetulan pula aku set kan chat box terpapar dimuka skrin walaupun telefon dalam keadaan ‘lock’.

” Azeem. Surat surat tadi dah faks ke belum? Dah call ke pihak sana dapat ke tak? Akak tak nak lambat lambat. Ingat. Hari kejadian dah tak lama…

Lepastu tolong follow up dengan Puan Asyikin. Dorg dah ada pergi ke tak meeting semalam di majlis agama? Cuba tanya, apa intipati meeting tu. Please take note. “

Ya Allah. Dugaan apa lagi ni. Tolong la sabar sekejap. Biar aku settlekan dulu satu persatu.

– ‘Surat tak siap edit lagi. Nanti siap saya terus faks.

OK baik, nanti saya follow up Puan Asyikin tu’

SEND.

Allahu. Kenapa la ada wujud manusia yang tak paham erti sabar ni? Tolong la faham aku buat kerja satu persatu kot. Dah bagi kerja lain, pastu suruh buat kerja lain.

Dah tu, DM aku pulak. Kenapa tak bagitahu ja dalam group. At least, bila aku lupa, atau aku terlepas pandang, ada jugak orang lain yang akan ingatkan. Tak pun mereka yang akan buatkan. Ni tak, saja nak serabutkan kepala aku. Dah kenapa perempuan ni?

“Azeem. Boleh tak tolong tanyakan Kak Nash. Yang dekat sheet 3 tu ada ‘done’. Memang dia dah hantar surat tu ke apa? Dan kenapa kita nak buat lagi, kalau ‘done’. Kita boleh fokus pada benda lain dah. Kan? ” ujar salah seorang team member aku.

Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab masa tu aku sangat stress. Aku pun tanya tanya pikir panjang. Aku DM Kak Nash.

Tak semena-mena skrin telefon aku menyala. Terpapar sah muka dia. Aku sapu kekanan untuk menjawab. Aku sentuh punat pembesar suara untuk semua team aku dengar. Dan imej pita rakaman untuk merakam.

Selalu, Kak Nash akan tanya, ‘sihat ke, dah makan ke bla…bla…bla… Tapi hari ni tidak. Dia terus mention aku dan dengan nada lantang dia bersuara. Aku buat loudspeaker kot. Satu office dengar beb suara dia.

Itu OK lagi. Aku masih boleh terima. Tup-tup dia sentuh bab surat yang aku kena edit dan semak satu persatu tu. Dia minta aku jangan lambat. Dan lagi sakit hati, dia kata dokumen tu, dia beri semalam. Kenapa perlu buat pada pagi ni? Sepatutnya semalam lagi dah selesai.

“ WHATTT!!! Dia baru bagi pagi tadi kot, pukul 7! Haish.. Ni dah lebih ni. Ni memang nak cari salah aku ke apa. Aku cuba sangkal. Tapi aku yang kena balik. Aku kalau boleh tak nak la besarkan cerita dalam telefon. Risau jugak aku tak grad nanti. Dan tak dapat A untuk subjek praktikum. Aku ambil keputusan untuk mengalah.

Perjalanan hidup baru bermula saat itu. Berlanjutan jugak sampai 2-3 hari. Pada hari ke-3, segala pesanan darinya, aku terus serah telefon ataupun notebook kepada salah seorang team member.

“Ni, dia cakap apa entah. Jawab la. ”

Kebetulan aku setkan juga segala mesej di telefon terpapar di notebook . Sebabnya mudah nak pindah file saja sebenarnya. Terkadamg, sempat juga aku usya apa ayat yg budak team aku balas.

Dua atau tiga berbalas satu.

Tengok. Budak tu pun dah tak hadap nak menjawab. Aku tengok budak tu buat tugasan dia. Dia tenung skrin komputer ribanya. Lama.

” Kau OK ke tak?”

” OK. Blur kejap. ” tenang saja dia jawab. Siap boleh senyum lagi tu. 😒

Hah. Lantak kau la budak. Aku tak mahu sakit sakit kepala lagi fikir pasal ni. Cukuplah semalam aku diserang migrain. Sakit dia tu, tak boleh nak cerita. Mohon semua ni habis cepat. Aku berdoa dan berharap.

…..

Ting tong !!

Bell di pintu ditekan orang. Aku tak endah saja. Aku cucuk earphone dalam telinga, aku buka lagu kuat-kuat. Dan secara tiba tiba muka Kak Nash muncul dari sebalik dinding plywood yg memisahkan ruangan mesyuarat dengan ruang penyambut tetamu.

‘Oh My God😧!!

Dia duduk di sofa tepi dinding. Dia rehat. Penat. Mungkinlah. Kisah pulak aku dia penat atau tak. Aku buat tak sedar kewujudannya. Biarlah. 😪

” OK guys, jom kumpul kejap. Akak nak tahu progress kerja korang setakat ni, meh dekat dekat sikit. ”

Aku pergi dekat juga. Tapi dekat pun tak dekat sangat. Jauh jugak. Tanda protes.

Tanya jawab, jawab tanya, tanya tanya, jawab jawab, dan akhirnya aku dipersalahkan balik. Semua salah. Semua tak kena. Semua tak betul. Aku sangkal dia, dia cari point patahkan aku balik. OK fine. Aku diam.

‘Arrghhh!! Stress la macam ni…😡. Rasa macam nak ja aku pi apply masuk Hospital Columbia Asia tu. 😠. Nasib takdak medical card ja. Kalau tak, dah free. Haishhh😤. ‘ omelku dalam hati.

…..

Balik saja dari tempat kerja, aku minta diri untuk balik sendiri. Ada urusan yang nak aku uruskan. Itu alasanku lepaskan diri dari balik bersama Imran.

Aku berjalan lesu lintas jalan raya di ibu kota yang penuh dengan tetikus gergasi. Riuh rendah deruman enjin dan honnya. Bingit.

Aku tiba disebuah tasik yang tidak jauh dari tempat kerja. Tenang saja suasanaya. Angin bertiup sepoi sepoi bahasa mendamaikan. Menyapu mukaku yang entah macam apa. Aku tak tengok cermin. Maaf kalau nampak muka aku buruk.

Aku duduk dibawah pokok rendang. Aku sandar pada akarnya yang besar. Allahu Akbar. Selesanya. 😇. Rasa hilang seketika segala bebanan. Aku tersenyum sendiri.

Otak aku dah tak mampu nak hadam segala impulse yang menerpa masuk. Maaflah, aku dah malas nak fikir.

Ingat nak beli saja teddy bear buat rakan sembang. Tapi, bila difikirkan logik, kenapa perlu jadikan anak patung sebagai tempat mengadu? Kan ada Allah. Allah sentiasa ada. Sentiasa mendengar. Cuma kita tak mampu lihat Zat Allah. Yakinlah dengan Allah.

“…Azeem, lepas ni akak tak nak dengar dah ayat saya ingat, saya ingat. Tolong buat double tripple check. Benda ni basic, tak perlu pun orang ingatkan. Dah jadi tanggungjawab kita untuk buat semua ni bla bla bla…”

Tiba tiba terngiang nguang ayat wanita ni. Rasa sakit hati mula datang kembali. Dah empat hari aku moody. Aku jadi benci dengan dia. Serius.

Aku terfikir jugak sebenarnya. Aku datang jauh ke kota metropolitan ini, sebab aku nak belajar, cari pengalaman. Tapi kan, aku sendiri bina tembok ego tinggi tinggi. Layan perasaan yang terbawa bawa sampai 2-3hari. Orang lain, boleh berseronok bergelak ketawa. Aku tak mampu😞. Aku tak mampu😭.

Aku belek story whatsApp, ada seorang kenalan yang aku panggil Ziyad update pesanan deep dari channel telegram;

Awak,

Hadiah tak selalunya terbungkus dengan indah.

Kadang Allah membungkusnya dengan masalah. Tapi di dalamnya ada hikmah dan barakah.

Husnudzon what comes.

Sebenarnya…

Salah siapa ya?

Akukah?

Aku cuba ambil positif. Banyak lagi yang aku perlu hadap lepas ni. Perjalanan hidup aku masih panjang selagi aku belum dijemput Izrail. Aku cuba positifkan diri sendiri setiap hari. Aku cari kekuatan sendiri. Aku tahu aku mampu. Aku kuat💪.

Sebab sebelum ini, aku bukannya jenis cepat down. Bukan jenis mudah mengalah. Aku boleh bagi nasihat dan motivate diri sendiri dulu.

Tapi kenapa sekarang tak mampu? Kenapa perlu menyimpan marah. Kenapa perlu ada dendam?

Tidak.

Aku bukan banduan!

Bukan!!!

……..

TAMAT

#wellalibmutalibkan #biarhatidantintaberbicara

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s