Kenapa aku nak sangat menulis?

Kalau tanya kat diri sendiri kenapa nak sangat menulis? Penat jugak la nak perah otak, nak fikir apa semua. Kan? Leceh pulak tu, setiap kali nak menulis ja, mesti kena guna bahasa skema, kena rujuk kamus dewan dan sebagainya.

Eh.. Sat! Sapa suruh bukak kamus dewan bagai? Tapi, kalau rajin tak salah pun. Bagus la tu. Sapa lagi yang nak diharapkan menjadi pewaris sasterawan negara kan? πŸ˜‹

Okay, sbung balik. Kenapa aku suka menulis? Aku tak pasti bermulanya dari mana. Tapi seingat aku, aku pernah tengok kakak aku menulis diari. Masa tu budak lagi kan, jadinya sel-sel otak masih berhubung elok la.

β€œ Kak, tulis apa tu banyak-banyak? Pakai buku ada gambar kartun-kartun pulak tu. Cikgu tak marah ka, guna buku lagutu kat sekolah? ”

β€œ Ni buku diary la. Cikgu tak tau pun. ”

β€œ Oh, tak tunjuk kat cikgu ka, bagi cikgu rightβœ”. ? ”

β€œ Mana buleh tunjuk. Diary ni, kisah hidup kita. Rahsia kita. Maknanya, apa yang kita rasa, apa yang kita buat, kita tulis ja dalam ni, kita luahkan semua dalam buku dengan cara menulis. Sebabnya, kalau kita cerita kat orang pun, orang tak mau dengar pun. Dari kita makan hati, baik kita ambil jalan lain. ”

β€œ ooo ya ka? Paham paham. ”

Jadinya, bermula dari situ la aku start menulis kisah hidup.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s