Kenapa aku nak sangat menulis?

Kalau tanya kat diri sendiri kenapa nak sangat menulis? Penat jugak la nak perah otak, nak fikir apa semua. Kan? Leceh pulak tu, setiap kali nak menulis ja, mesti kena guna bahasa skema, kena rujuk kamus dewan dan sebagainya.

Eh.. Sat! Sapa suruh bukak kamus dewan bagai? Tapi, kalau rajin tak salah pun. Bagus la tu. Sapa lagi yang nak diharapkan menjadi pewaris sasterawan negara kan? 😋

Okay, sbung balik. Kenapa aku suka menulis? Aku tak pasti bermulanya dari mana. Tapi seingat aku, aku pernah tengok kakak aku menulis diari. Masa tu budak lagi kan, jadinya sel-sel otak masih berhubung elok la.

“ Kak, tulis apa tu banyak-banyak? Pakai buku ada gambar kartun-kartun pulak tu. Cikgu tak marah ka, guna buku lagutu kat sekolah? ”

“ Ni buku diary la. Cikgu tak tau pun. ”

“ Oh, tak tunjuk kat cikgu ka, bagi cikgu right✔. ? ”

“ Mana buleh tunjuk. Diary ni, kisah hidup kita. Rahsia kita. Maknanya, apa yang kita rasa, apa yang kita buat, kita tulis ja dalam ni, kita luahkan semua dalam buku dengan cara menulis. Sebabnya, kalau kita cerita kat orang pun, orang tak mau dengar pun. Dari kita makan hati, baik kita ambil jalan lain. ”

“ ooo ya ka? Paham paham. ”

Jadinya, bermula dari situ la aku start menulis kisah hidup.

Advertisements

NAIK BAS PUN BOLEH FAMOUS MACAM ARTIS

Mesti semua orang heran pasepa naik bas ja famous dia dah macam artis kan? Bukan ada p buat show ka apa pun. Dulu, masa tahun 2 kat USIM, Lepas dok kat KKNC , aku kena pundah ke hostel yg dekat sikit dgn USIM. KKDJ namanya. Tinggi. Tepi highway. Angin dia sekali mai menampaq muka tu, nak habaq bagi… Qasa syoq ooi. Tak buleh nak ceqita.

Masa tahun 2, aku dok tingkat 8 (B8-16). Sekali dok 9 orang dgn skod² aku. Aku, Fauzi Azid, Nur Izzuddin, Fahmy Said, Arif Hilmi, Firas Zainul Hisham, Ammar Sukiman, Ajah Freedom, Muhammad Abdul Rahman dan Mutalib (aku la tu) 😁. Rumah secoet ja, tapi kami buleh sumbat 9 orang. Pastu kami kumpoi duit, kami beli rice cooker.. Rice cooker tu ada kat aku ooi, nt kita kira² balik naa. Pastu kami jarang masak. Hahha. Eh lari tajuk😅.

Masa dok KKDJ tu pun aku suka p naik bas. Laki golongan yg pupus bab naik bas ni. Masa tahun 2 ni jugak, kebanyakannya baju uniform yg kmi kena pakai ada nama. Baju koprat, baju no3, pastu pakai baju apa pun, kad matrik gantung atas, kat poket. So, aku assume xdak orang baca. Tapi sebaliknya ooi.

Aku bila naik bas ja, aku tunduk. Pastu satu hari, p kat fakulti, tengah celah² org ramai tu aku lalu, ada org panggil nama aku dari blkg.. Pastu aku pusing, semua buat xtau. Tapi nampak la depa senyum².. Hmm. Misteri kan. Aku xkenai pun depa. So, aku pusing depan, aku buat xtau ja la. Kan aku suka jalan sorg kalu kat kampus. Kalu ada yg perasan laa.

Yg kedua, penah gak sekali aku join program anjuran pusat kebudayaan, ya la aku kan ejen berita usim, so, aku join semua benda. Pastu ada la sorg budak tu nama Husna, dia ada gigi maneh, dia tanya aku nak balik naik apa satgi? Sbb kebetulan, mmg bas dah habeh malam tu.. Aku syak nak gagah balik jalan kaki ja, xpun try la tumpang moto member secara haram nak balik KKDJ. Pastu si Husna tu ajak balik sekali.. Huuuu. Aku pun bangga xtorah. Buleh gak balik. Mula tu, xkenai, pastu aku jumpa Adnin, aku tanya nama budak tu. Hahha, kalau xtau, mau awkward aku balik satgi😅. Pastu aku join program lain pun, org yg akan sebut nama aku dulu…

“Mutalib kan? ”

“Haa, ni sapa nama eyh? Maap la kot xperasan. Tapi mcm penah la tengok muka. Tapi x ingat kat mana, huuu… “

Xpun aku buat ramah ja. Hahha. Pastu kalau ada org tanya kenai ka dak, aku senyum dan geleng ja. Hahha. Tp xpa la, hidup ni kena ramah. Kan? Kerek kerek nak p mana?

Yang ketiga pulak, Mohd Shahril Abdul Karim penah bagitau kata budak kuliah dia minat kat aku. Hahhaa. Aku tanya laa dua tengok aku kat mana? Guess what? Sebab dia nampak aku naik bas p kelas hari². Hahahhaaa. Lawak xlawak budak naik bas macam tu la, naik bas pun ada secret admire😆. Penah sekali Ammar Ismail naik bas p kelas masa tahun 2 jugak, dia kata awek cun² bhai. Haha. Yang lawak, semangat dia pm aku habaq n remind aku untuk ajak dia naik bas lagi next time😂. Lawak la mar.. Aku xleh lupa.. Sorry😅. Dah la tu sikit², nak cerita semua, jadi novel pulak.

So kesimpulannya, kalau naik bas tu, better buat preparation, kadang bas lambat sikit, tapi ang gagah nak tunggu jugak. Dan kadang laju sangat basnya, so, ang kena kejaq kejap. Ni pun salah satu sebab ang famous jugak, ang lari kalut² naik bas dengan peluh bercerau macam org lari pecut 100meter sukan olimpik, pastu naik bas. Nanti budak pompuan dalam bas pakat cop ang. Haaa, famous gak tu.

Jadila tu flashback sikit² zaman mengaji kat USIM dulu. Yang indah kita buat kenangan. Yang buruk² pun jadikan kenangan jugak. Maka cipta la kenangan untuk diri sendiri. Okbai. 👋. Btw, nama nama atas ni semua skod skod aku. Buleh la, tekan nama add friend kot la dah lama berkenan tapi xjumpa kan~~. Tahniah skod, tahniah coursemate, tahniah semua kwn²🤗. Moga terus success naa.

#wellalibmutalibkan #biarhatidantintaberbicara #flashback #zamanbelajar #kkdj #usim #gengbasusim #alibdahkonvo #konvo16usim

AKU, KKNC & BAS USIM.

Dulu 31082014, mak dan family aku terus hantar aku ke KKNC untuk proses masuk ke hostel sebelum aku masuk sambung pelajaran di USIM esoknya. Mula daftar masuk, aku dapat bilik E2-7, masuk² bilik tu terjumpa Ezany Ezan yang tengah susun barang. Sembang la sikit sikit, agak cuak sebenarnya..sebab tak kenai kan~ Dulu tukaq sekolah pun still dalam negeri, ni jumpanorang luaq negeri.. Huu.

Lepas family balik, aku tegur si Muhammad Izzuddin, ajak dia p ambik makanan free yang tersedia kat cafe. Sambil jalan, sambil cerita. Lepas ambik makanan, ada la jumpa budak Kedah jugak tengah kemas barang, Mohammad Arif Ramli, aku tegur dia mula tu, pakat cover cakap x bunyi loghat masing², last tanya part sekolah.

“Dulu sekolah mana?”
“Maktab Mahmud Pendang.”
“Haa? Amik STAM kat situ ka? Awat xnampak pun? Aku amik STAM kat situ jugak taon lepas..”

Rupanya si Arip tu senior setahun. 😅. Ok, ada geng. So, xpayah takut nak cakap kolumpo bagai, sebab ada geng Kedah, xyah cover cakap. Malam tu pakat kumpui kat bilik aku, lepas pakat tanya² baru aku tau yg si Muhammad Hadi Azraf sama kos dgn aku. Hahhha. Seronok tu xsangka. Ada jugak sama kos. Nanti kita p kelas sekali. Fikri Qadiriah Naqsyabandiah pulak pendiam orangnya masa mula tu. Beza dengan si Zul yg happy go lucky.

Maka, beberapa minggu, beberapa bulan p la kami ke kampus dengan naik bas USIM. Kat KKNC dok sekali dengan adik² tamhidi, so kalau lambat pun xkisah lagi sebab bas banyak. Cumanya kena berebut seat ngn depa tu la. Perjalanan tu pulak, dulu flyover tu xsiap lagi.. Jadi kena ikot jalan jauh, iaitu lalu kat depan kilang² semua yang traffic light dia lama gila.

Sebut ja traffic light, nak dijadikan cerita aku dan bas usim ni, satu hari aku balik kelas pukui 7, bas ada.. Aku terus naik, 7:15 cmtu, bas nak jalan. Aku naik kena aircond, pastu terlelap. Ok fine. Sebab jauh, penat kelas, aku lena la… Aku terjaga bila sampai kat kilang, sbb bas berhenti lama dan aircond bas mati. Aku terjaga. Tapi jauh lagi time tu, aku sambung tidur balik. Hahha. Lepas aku terjaga, rasa panas lagi. Tengok² luar tingkap nampak padang. Aku cari mana dia kedai makcik ton yang kat sebelah jalan tu, selalu ada. Sebab kat depan KKNC time tu depa tolak tanah sbb nak buat tasik. Heran. Aku p tengok tingkap sebelah. Tudiaaa, lampu jauh benaq. Kat mana aku ni. Aku jalan ke depan, turun bas… Rupanya aku dah sampai USIM balik dah😅😅😅😅. Bas berenti kat tepi pavi😆. Lampu yang aku nampak tu lampu DTC. 😆😆.

Aku xtau nak tergelak ka teqeyak (menanges) time tu. Hahhah. Lepastu aku turun bas, p dok tepi².. Lepas lama cover malu, aku gagah p tanya driver sendiri, driver kata bas jalan pukui 10 pulak. Tengok sekeliling macam suram ja, nak tunggu pukui 10 pun, aku mula la jalan kaki p FPQS balik. Kat situ cerah la jugak, ada jugak tempat nak cas fon. So, aku jalan kaki tunggu kat FPQS, Bas sampai pukui 10, aku naik buat xtau, dan lepas tu aku dah x tidoq dah sampai ke KKNC🤗.

Tapi tu la, sepanjang di KKNC, memang aku naik bas ja. kalau malam tu ada perjumpaan palapes pun terpaksa depa tunggu sampai geng bas usim balik. Dulu geng bas ni ramai jugak. cuma xkenai habis ja. Antara skod aku yang setia dengan bas Muhammad Amir Ashraf. Amir ni pun tak kenai sangat masa tahun 1, sebab rumah lain², kos lain², jumpa time latihan ja. Tapi tu la. Geng bas ni sampai orang kenai la. Nanti aku cerita tahap tahap populariti budak geng bas.

Ok, ada lagi masa kat KKNC, aku dulu pakai fon yg cuma buleh connect dgn wifi, so susah nak contact. Sabtu Ahad, aku akan kayuh basikal yang dibeli kat semarak yg diteman oleh Ezany, aku p lepak kat SyedLina dari pagi sampai malam buta baru aku balik. Sadis kan? So, buat assignment apa yang patut kat situ, balik goreng apa yang patut pulak.

Dah la cerita sikit² buat flashback sempena #konvo16usim 291118 baru² ni . Tahniah kawan² semua.

#alumni #usim #gengbasusim #kknc #wellalibmutalibkan #biarhatidantintaberbicara #alibdahkonvo

HELLO !! SORRY, AKU BUKAN NAK CARI PUBLISITI MURAHAN OKAY!!

Tadi aku p kerja, masuk ja pintu office, terus ada sorang kakak senior tanya, Alib buat ‘Hibah’ ke?

Dah orang tanya, aku pun angguk dan senyum. Balas sepatah dua. Haah. Buat.

Ok, nanti share dengan akak.

Tiba tiba tadi masa break, aku cerita pasal satu family yang hadapi masalah yang langsung tak pernah terduga pun. Memang aku dan rakan² lain perunding takaful, tapi kami bukannya superhero macam cerita dalam tv yang boleh selamatkan dunia dengan sekali pejam, atau sekali hentak bagai. Kami pun manusia biasa jugak.

Ceritanya, dulu ada sorang dari member aku pernah cerita kebaikan takaful ni kat abang dia sendiri. Dia offer kat abang dia untuk join komuniti takaful tiap² bulan at least infaq RM80. Tak banyak pun janji ada orang yang nak bantu kita time kita sempit. Sapa yang nak bantu tadi? Komuniti takaful ni haa yang akan bantu.

Ok, lepas settle cerita kat abang dia, abang cuma kata,

‘haa ok, nanti aku nak, aku habaq kat ang…’

maka dia pun.

‘Ok takpa.’

Dia bukan nak paksa suruh sign takaful, nak promot diri marketing pompam bagai.. Tak. Cuma nak bagitau saja untuk sediakan payung sebelum hujan, sebab malang tu tak berbau. Bukan apa, kita takut sudah terhantuk baru nak tenggadah. Kan?

Pada suatu hari, tup² dengar cerita, bini abang dia tau dalam bahasa mudahnya kak ipar dia terpaksa potong kaki sebab diabetes. Allahu. Abang kerja sorang. Anak kecik lagi. Macam mana ang tanggung semua ni. Aku dengar tu dah tepuk dahi. Dia Operate kat hospital kerajaan. Memang katanya hospital kerajaan free…ada subsidi. Tapi kalau dah lama² terbaring kat ICU, ada ka dorang nak bagi free? Sorry to say la dik. Nak keluar kena caj.

Time tu semua dah pakat riuh dalam group family katanya. Dia nak pakai duit jugak, nak beli pampers susu anak dia. Allahu. Hebatnya dugaan abang. Bertabah la. Beritanya lagi adik beradik kak ipar semua tak sanggup nak jaga. Katanya payah nak dressing. Eh? Boleh pulak main aci tak aci, payah takpayah macam tu?

Abang dia maklum yang dia nak bawak balik bini dia ke Johor. Tapi dari Kelantan ke Johor, caj ambulans saja pun dah RM1000 dan mungkin lebih.

Sorang kakak dia kata, ‘…yang mana rasa nak sedekahbkat abang tu, buleh la hulur² sikit. Kesian abang…

Dia balas, ‘…kita pun makan suap tak masuk mulut, macam mana nak bagi? ‘

Tiba tiba dingin satu badan. Kakak dia jawab, ‘…ok, aku ja yang senang, ampa semua susah…’

Terdiam dan terpaku semuanya. Notifikasi dari group itu tidak lagi terpapar di skrin telefon masing masing.

Eh, kau perunding takaful kan? Tak boleh bantu adik berdaik kau ke?

• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •

Aku cerita ni bukan apa. Cuma nak share pengajaran daripada cerita ni. Bila kita sakit macam tu, dah takdak orang nak jaga. contoh cerita tadi, adik beradik pun sanggup buang jauh. Sebab rak berani dan tak reti dressing ja pun. Yang kedua. Kita sekarang mungkin semua anak oarang kaya. So, payah dah nak jumpa adik beradik yang hidup kat kampung, susah gila nak p kedai beli kangkung ja pun. Makan pagi saja, malam dah tak makan tu.. Kan? Tapi kalau adik berdaik susah macam tu, sapa lagi nak bantu dari segi kewangan dan perubatan semua? Mintak sana takdak, mintak sini takdak.

Aku bukan saja rulis cerita sebab nam raih publisiti murahan, cuma nak bagi gambaran yang lebih jelas ja. Kisah abang tadi, buat masa sekarang ni masih jadi tanda tanya. Aku tak pasti dia ikhtiar macam mana nak support semua tu.

Aku open cerita ni, ada yang tanya…’Eh kau bukan perunding takaful ke? Kenapa tak tolong? Tu kerja kau kan?’

Ya, memang aku perunding takaful, dan memang tu kerja aku. Tapi macam aku kata tadi. Aku bukan superhero yang boleh selamatkan emua orang. Aku cuma boleh bantu orang yang bantu diri sendiri ja yang carum dan infaq dengan takaful untuk bantu diri dia sendiri terutamanya. Sebabtu aku share 3 peribahasa tu.

a) sediakan payung sebelum hujan.
b) malang tak berbau.
c) sudah terhantuk baru nak tenggadah.

Sebab aku cuma bantu uruskan ja. Bukan semua duit pampasan claim tu duit aku. Dah abang tadi tak nak bantu diri dia. Macam mana aku nak bantu dia?

Pikirkanlaa eyh.

Sory, aku bukan cari publisiti murahan.

#malangtakberbau. #sediakanpayungsebelumhujan. #sudahterhantukbarunaktenggadah. #hibah #takaful #ikhlas #redha #ujian #dugaan #hidup #keluarga #bukan #publisiti #murahan

ZAMAN SEKARANG SEMUA KENA UPDATE DULU📱. TOLONG KE TAK🙄… HMMM… KEJAP… NAK PIKIR DULU🤔.

Semenjak dunia menganjak ke zaman melenia era 2000 ni, memang tak dapat dinafikan semua benda dah canggih. Dah moden. Ye lah, era ‘two series’ kot. Hahha.

Apa kelas nak pakai lagi kamera filem kodak gambar hitam putih kena pergi cuci kat kedai? Nak amik gambar je kena tembap² mata kat kamera. Zaman 1890 dulu, kamera sebesar gajah. Nak amik gambar je, haaa kau.. usung tong gedabak tu sana sini. Tu bahagian kamera.

Bahagian telekomunikasi pulak, mana ada lagi dah orang main balas balas surat guna posmen. Zaman dulu ye la, guna isyarat asap, guna burung, dan sebagainya. Kalau sekarang pakai asap, rasanya asap tu dah hilang dek hujan. Hahha. Tunggu burung pun bila la nak sampai. Kalau aku jadi burung tu, biar kau mati tunggu surat. Hahha.

Sekarang pakai add wechat je. Xpun safe no contact, semua media sosial dia keluar. Ig la,fb la.. Toing!! Keluar muka setempek. Haaa. Moden kan.

Itu teknologi. Tak hairan la kalau ia berkembang maju. Memang ikot peredaran zaman la kan. So… Tak da masalah pun perkembangan teknologi.

Tapi yang pelik dan hairannya. Pengaruh tu sangat hebat. Sekali dengan pemikiran manusia sekali ‘dia senta’…

” …kejap² nak selfie, nak update kat fb, kat ig…🤗”

“…ok, done tag! 😉..”

Lepastu blah. Okbai🤓.

Zaman sekarang ni jugak, zaman juai ikan (selfish). Dulu ye.. Nak mintak tolong senang. Sanggup bergolok gadai. Sekarang, hidup nafsi nafsi, kau cara kau, aku cara aku. Kita sakit, orang datang tengok, ambil gambar, upload. Nak hulur² time kita terlantar sakit? Kena heart attack tiba²? Eksiden jalan raya tiba² lumpuh? Hello!! Memang taklah. Aku makan pun suap tak masuk mulut. Kau nak aku suapkan ke? Ni (angkat penumbuk). Tapi handphone baru keluar je terus upgrade😑. Self reward katanya.

Tengok?

Macam tu punya cerita pun ada yang dah sanggup buang adik beradik. Kakak sendiri kena potong kaki sebab kencing manis. Semua taknak jaga. Laki kerja kilang, masuk icu 3-4 hari. Kalau nak pindah hospital, ambulance kena bayar lagi. How come?

Kalau tu pun tak boleh brain lagi tak tahu la. Bukan nak suruh pikir banyak. Spend RM100 je setiap bulan dari duit gaji untuk sumbangan takaful. Kebaikannya untuk diri sendiri jugak. At least, bila terlantar sakit, kena heart attack, lumpuh sebab eksiden… Ada jugak komuniti yang baik hati yang dah sedia untuk bantu kita. Kan?

Bersedialah dengan takaful. Takpa, nanti kita cerita macam mana function and role takaful tu eyh.

Ok jom welfie😜.

.

.

#hibah #takaful #ikhlas #lamatakmenulis #warmingup #wefie #update #okbai #komunitibaikhati #komunititakaful #viral #value #term #prefered #takafulikhlas #polisi #sumbangan #rendah

Budak-budak bangun awal pagi sebab nak pergi lepak. Orang dewasa bangun lambat sebab malas nak pergi kerja.

Perspektif Budak-Budak dengan Orang Dewasa Berbeza

Budak-budak bangun awal. Bukan sebab nak siapkan homework atau bersiap pergi kelas tambahan atau aktiviti kokurikulum pun. Habis nak pergi mana? Pernah ditanya beberapa orang anak muda yang berumur sekitar 14-17 tahun.

Korang nak pergi mana ni weh? Bapak awal gila bangun. Aku time ni mengantuk lagi doe…😅

Jawapannya…

Pergi lepak la. Buat apa kat rumah. Bosan. Apa pun tak ada. Baik lepak, tengok wayang ke… Karok ke… At least masa takde la terbuang begitu je.

Amboi dik. Kau kecik lagi. Kau tak faham lagi realiti dunia sekarang sangat penat. Dan kalau kau tahu, betapa susahnya nak cari kerja dan survive sekarang, kau masih ada masa lagi nak cari balik identiti kau yang matang.

Itu dari perspektif budak budak. Tak apalah, kita tak boleh salahkan mereka. Mereka tak rasa lagi situasi tu. Biasalah budak budak hakikatnya fikir pasal main dan seronok je. Yang penat bagi mereka adalah pergi sekolah dan belajar.

Kalau kita lihat corak hidup orang dewasa pula, automatik berubah 360 darjah. Percaya atau tidak. Mereka nak kan hidup yang mewah, gaji besar. Tapi mereka sendiri tidak berusaha kearah itu. Mana tidaknya, mentaliti masih tak ubah macam budak budak. Asyik nak seronok sampai lupa tanggungjawab.

Bang, kakak…

Kita besar. Ini masanya kita pula bekerja, sara hidup ibu ayah, adik beradik, dan anak isteri. Bayangkanlah kalau kita sendiri masih bersikap ‘seronok menyorok dalam selimut’ lagi, rasa-rasa apa jadi pada masa depan?

Realiti hidup orang bekerja. Habis saja hari hujung minggu; Sabtu atau Ahad, maka bermulalah episod episod ‘Sunday atau Monday Blues’.

Alaaa…malasnya nak masuk kerja esok. Pukul 8 pulak tu. Haish. Tak boleh ke nak mintak cuti lagi sehari?

Nak tambah lagi sehari? Esok pun kau akan cakap benda yang sama kan? Lepastu mula la nak throwback nak mengenang nasib seronok jadi kanak-kanak macam dulu. Sedarlah zaman dah berubah. Dunia dah maju.

Mahu tak mahu, demi mencapai negara maju, orang dewasa wajar mengubah mentaliti untuk sentiasa aktif dan bersemangat. Jadikan seperti sifat budak-budak yang kita anggap langsung tak ada apa-apa. Padahal, daripada sikap mereka kita boleh belajar sesuatu. Adik-adik yang masih bersekolah pula, bukan tak bolehblepak. Cuba ajak kawan-kawan pergi lepak dekat pusat tuisyen yang mengimplementasikan sesi pembelajaran yang menyeronokkan tu. Jadi disitu boleh belajar sambil bermain. Kan?

Ok, nanti kita share apa pulak sikap budak-budak yang boleh dipelajari oleh orang dewasa.

P/s : pesanan ini juga untuk diri aku yang mudah alpa. Sama-sama kita ubah ye. InsyaAllah. Ok bye. Jumpa lagi🤗

Aku Bukan Banduan

Arrghhh!! Stress la macam ni…😡

Rasa macam nak ja aku pi apply masuk Hospital Columbia Asia tu. 😠

Nasib takdak medical card ja. Kalau tak, dah free. Haishhh😤

Stress. Sangat stress bilamana sentiasa kena push. Bagi kerja last minute, dan nak cepat cepat. Aku tak tahu nak cerita pada siapa. Sebab tak ada sorang pun yang akan faham aku. Serius. Pendam lagi baik kot. Diam🤐.

Tiba tiba telefon bimbit milikku bergetar. Tanda notifikasi masuk. Kebetulan pula aku set kan chat box terpapar dimuka skrin walaupun telefon dalam keadaan ‘lock’.

” Azeem. Surat surat tadi dah faks ke belum? Dah call ke pihak sana dapat ke tak? Akak tak nak lambat lambat. Ingat. Hari kejadian dah tak lama…

Lepastu tolong follow up dengan Puan Asyikin. Dorg dah ada pergi ke tak meeting semalam di majlis agama? Cuba tanya, apa intipati meeting tu. Please take note. “

Ya Allah. Dugaan apa lagi ni. Tolong la sabar sekejap. Biar aku settlekan dulu satu persatu.

– ‘Surat tak siap edit lagi. Nanti siap saya terus faks.

OK baik, nanti saya follow up Puan Asyikin tu’

SEND.

Allahu. Kenapa la ada wujud manusia yang tak paham erti sabar ni? Tolong la faham aku buat kerja satu persatu kot. Dah bagi kerja lain, pastu suruh buat kerja lain.

Dah tu, DM aku pulak. Kenapa tak bagitahu ja dalam group. At least, bila aku lupa, atau aku terlepas pandang, ada jugak orang lain yang akan ingatkan. Tak pun mereka yang akan buatkan. Ni tak, saja nak serabutkan kepala aku. Dah kenapa perempuan ni?

“Azeem. Boleh tak tolong tanyakan Kak Nash. Yang dekat sheet 3 tu ada ‘done’. Memang dia dah hantar surat tu ke apa? Dan kenapa kita nak buat lagi, kalau ‘done’. Kita boleh fokus pada benda lain dah. Kan? ” ujar salah seorang team member aku.

Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab masa tu aku sangat stress. Aku pun tanya tanya pikir panjang. Aku DM Kak Nash.

Tak semena-mena skrin telefon aku menyala. Terpapar sah muka dia. Aku sapu kekanan untuk menjawab. Aku sentuh punat pembesar suara untuk semua team aku dengar. Dan imej pita rakaman untuk merakam.

Selalu, Kak Nash akan tanya, ‘sihat ke, dah makan ke bla…bla…bla… Tapi hari ni tidak. Dia terus mention aku dan dengan nada lantang dia bersuara. Aku buat loudspeaker kot. Satu office dengar beb suara dia.

Itu OK lagi. Aku masih boleh terima. Tup-tup dia sentuh bab surat yang aku kena edit dan semak satu persatu tu. Dia minta aku jangan lambat. Dan lagi sakit hati, dia kata dokumen tu, dia beri semalam. Kenapa perlu buat pada pagi ni? Sepatutnya semalam lagi dah selesai.

“ WHATTT!!! Dia baru bagi pagi tadi kot, pukul 7! Haish.. Ni dah lebih ni. Ni memang nak cari salah aku ke apa. Aku cuba sangkal. Tapi aku yang kena balik. Aku kalau boleh tak nak la besarkan cerita dalam telefon. Risau jugak aku tak grad nanti. Dan tak dapat A untuk subjek praktikum. Aku ambil keputusan untuk mengalah.

Perjalanan hidup baru bermula saat itu. Berlanjutan jugak sampai 2-3 hari. Pada hari ke-3, segala pesanan darinya, aku terus serah telefon ataupun notebook kepada salah seorang team member.

“Ni, dia cakap apa entah. Jawab la. ”

Kebetulan aku setkan juga segala mesej di telefon terpapar di notebook . Sebabnya mudah nak pindah file saja sebenarnya. Terkadamg, sempat juga aku usya apa ayat yg budak team aku balas.

Dua atau tiga berbalas satu.

Tengok. Budak tu pun dah tak hadap nak menjawab. Aku tengok budak tu buat tugasan dia. Dia tenung skrin komputer ribanya. Lama.

” Kau OK ke tak?”

” OK. Blur kejap. ” tenang saja dia jawab. Siap boleh senyum lagi tu. 😒

Hah. Lantak kau la budak. Aku tak mahu sakit sakit kepala lagi fikir pasal ni. Cukuplah semalam aku diserang migrain. Sakit dia tu, tak boleh nak cerita. Mohon semua ni habis cepat. Aku berdoa dan berharap.

…..

Ting tong !!

Bell di pintu ditekan orang. Aku tak endah saja. Aku cucuk earphone dalam telinga, aku buka lagu kuat-kuat. Dan secara tiba tiba muka Kak Nash muncul dari sebalik dinding plywood yg memisahkan ruangan mesyuarat dengan ruang penyambut tetamu.

‘Oh My God😧!!

Dia duduk di sofa tepi dinding. Dia rehat. Penat. Mungkinlah. Kisah pulak aku dia penat atau tak. Aku buat tak sedar kewujudannya. Biarlah. 😪

” OK guys, jom kumpul kejap. Akak nak tahu progress kerja korang setakat ni, meh dekat dekat sikit. ”

Aku pergi dekat juga. Tapi dekat pun tak dekat sangat. Jauh jugak. Tanda protes.

Tanya jawab, jawab tanya, tanya tanya, jawab jawab, dan akhirnya aku dipersalahkan balik. Semua salah. Semua tak kena. Semua tak betul. Aku sangkal dia, dia cari point patahkan aku balik. OK fine. Aku diam.

‘Arrghhh!! Stress la macam ni…😡. Rasa macam nak ja aku pi apply masuk Hospital Columbia Asia tu. 😠. Nasib takdak medical card ja. Kalau tak, dah free. Haishhh😤. ‘ omelku dalam hati.

…..

Balik saja dari tempat kerja, aku minta diri untuk balik sendiri. Ada urusan yang nak aku uruskan. Itu alasanku lepaskan diri dari balik bersama Imran.

Aku berjalan lesu lintas jalan raya di ibu kota yang penuh dengan tetikus gergasi. Riuh rendah deruman enjin dan honnya. Bingit.

Aku tiba disebuah tasik yang tidak jauh dari tempat kerja. Tenang saja suasanaya. Angin bertiup sepoi sepoi bahasa mendamaikan. Menyapu mukaku yang entah macam apa. Aku tak tengok cermin. Maaf kalau nampak muka aku buruk.

Aku duduk dibawah pokok rendang. Aku sandar pada akarnya yang besar. Allahu Akbar. Selesanya. 😇. Rasa hilang seketika segala bebanan. Aku tersenyum sendiri.

Otak aku dah tak mampu nak hadam segala impulse yang menerpa masuk. Maaflah, aku dah malas nak fikir.

Ingat nak beli saja teddy bear buat rakan sembang. Tapi, bila difikirkan logik, kenapa perlu jadikan anak patung sebagai tempat mengadu? Kan ada Allah. Allah sentiasa ada. Sentiasa mendengar. Cuma kita tak mampu lihat Zat Allah. Yakinlah dengan Allah.

“…Azeem, lepas ni akak tak nak dengar dah ayat saya ingat, saya ingat. Tolong buat double tripple check. Benda ni basic, tak perlu pun orang ingatkan. Dah jadi tanggungjawab kita untuk buat semua ni bla bla bla…”

Tiba tiba terngiang nguang ayat wanita ni. Rasa sakit hati mula datang kembali. Dah empat hari aku moody. Aku jadi benci dengan dia. Serius.

Aku terfikir jugak sebenarnya. Aku datang jauh ke kota metropolitan ini, sebab aku nak belajar, cari pengalaman. Tapi kan, aku sendiri bina tembok ego tinggi tinggi. Layan perasaan yang terbawa bawa sampai 2-3hari. Orang lain, boleh berseronok bergelak ketawa. Aku tak mampu😞. Aku tak mampu😭.

Aku belek story whatsApp, ada seorang kenalan yang aku panggil Ziyad update pesanan deep dari channel telegram;

Awak,

Hadiah tak selalunya terbungkus dengan indah.

Kadang Allah membungkusnya dengan masalah. Tapi di dalamnya ada hikmah dan barakah.

Husnudzon what comes.

Sebenarnya…

Salah siapa ya?

Akukah?

Aku cuba ambil positif. Banyak lagi yang aku perlu hadap lepas ni. Perjalanan hidup aku masih panjang selagi aku belum dijemput Izrail. Aku cuba positifkan diri sendiri setiap hari. Aku cari kekuatan sendiri. Aku tahu aku mampu. Aku kuat💪.

Sebab sebelum ini, aku bukannya jenis cepat down. Bukan jenis mudah mengalah. Aku boleh bagi nasihat dan motivate diri sendiri dulu.

Tapi kenapa sekarang tak mampu? Kenapa perlu menyimpan marah. Kenapa perlu ada dendam?

Tidak.

Aku bukan banduan!

Bukan!!!

……..

TAMAT

#wellalibmutalibkan #biarhatidantintaberbicara